Accessibility Tools

KEJOHANAN MOBILE LAGENDS TERTUTUP ADTEC KUALA LANGAT

KEJOHANAN MOBILE LAGENDS TERTUTUP ADTEC KUALA LANGAT

19 NOVEMBER 2026 | KEJOHANAN MOBILE LAGENDS TERTUTUP ADTEC KUALA LANGAT Misi melahirkan juara dan wakil ADTEC KLS telah pun melabuhkan tirainya dengan penuh debaran di Dewan Lavender. Syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah mempamerkan strategi mantap, semangat kerjasama yang tinggi, dan corak permainan bertaraf elit sepanjang kejohanan berlangsung. Anda semua memang luar biasa! Berikut adalah senarai wira-wira yang telah berjaya merangkul kejuaraan dan menakluk Land of Dawn: πŸ₯‡ JOHAN - Mari Membaca πŸ₯ˆ NAIB JOHAN - Runner Up πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA - Player Gift πŸ… TEMPAT KEEMPAT- Gepuk Artisan πŸ… TEMPAT KELIMA - Eco shop 🌟 MVP GRAND FINAL: Wan (Mari Membaca) 🌟 MVP LOWER BRACKET FINAL: Zul (Runner Up) Tahniah sekali lagi kepada para pemenang yang berjaya membawa pulang gelaran juara serta hadiah wang tunai! Bagi yang tidak berjaya, ini bukanlah pengakhiran, asah lagi 'skill' anda untuk kejohanan yang akan datang.
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kepakaran Kluster Sivil Bil. 2/2026

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kepakaran Kluster Sivil Bil. 2/2026

19 November 2026 | Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kepakaran Kluster Sivil Bil. 2/2026 Pihak ADTEC Kuala Langat berbesar hati menerima kunjungan delegasi jawatankuasa bagi program penyelarasan ini. Program selama dua hari ini padat dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat untuk pembangunan TVET negara: 18 November 2026: Rombongan telah mengadakan lawatan industri ke My Bim di CIDB, Kuala Lumpur pada sebelah pagi, diikuti lawatan ke pejabat CuberLab di Damansara pada sebelah petang. 19 November 2026: Sesi Mesyuarat Kluster berlangsung di ADTEC Kuala Langat pada sebelah pagi, disusuli dengan sesi lawatan ke bengkel-bengkel kami pada waktu petang. Antara agenda utama yang dibincangkan bersama delegasi kepakaran termasuklah cadangan pelaksanaan kursus-kursus profesional mengikut bidang serta perancangan pelaksanaan diploma integrasi. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan jemputan yang hadir dari pelbagai institusi, termasuk Ibu Pejabat JTM, ADTEC Kemaman, ADTEC Serian, ADTEC Kuala Terengganu, ADTEC Kota Bharu, ADTEC Kota Kinabalu, ADTEC Labuan, ADTEC Kuantan, ADTEC Pedas, dan ADTEC Marang. Semoga perbincangan dan percambahan idea selama dua hari ini mencapai objektifnya demi melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing.
MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI MELALUI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TVET

MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI MELALUI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TVET

MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI MELALUI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TVET πŸ“… 18 November 2026 | Rabu πŸ“ ADTEC JTM Kampus Kuala Langat ADTEC JTM Kampus Kuala Langat berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Kolej Sains Geospatial dan Teknologi (GSTC) bagi mengadakan sesi perbincangan strategik dalam meneroka potensi kerjasama, khususnya berkaitan penawaran dan pelaksanaan Kursus Jangka Pendek. Sesi perbincangan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara institusi latihan melalui penerokaan peluang kolaborasi yang merangkumi perkongsian kepakaran teknikal, pembangunan program latihan berorientasikan industri serta pengoptimuman kemudahan dan fasiliti latihan. Sinergi kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang pembangunan kemahiran, meningkatkan kompetensi tenaga kerja serta memperluas akses kepada latihan TVET yang relevan dengan keperluan industri semasa. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik yang berimpak tinggi, mampan dan memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua institusi. Bersama Memperkasa Kemahiran, Mencipta Peluang dan Membina Masa Depan TVET!
 Aktiviti Fun Run dan Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Dalaman Pelajar Tahun 2026

Aktiviti Fun Run dan Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Dalaman Pelajar Tahun 2026

18 November 2026 | Aktiviti Fun Run dan Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Dalaman Pelajar Tahun 2026 Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjayakan Aktiviti Fun Run dan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Sukan Dalaman Pelajar Tahun 2026. Program yang berlangsung pada pagi tadi telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersekali dengan aktiviti briskwalk dan disertai oleh kakitangan serta semua pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Penganjuran Aktiviti Fun Run ini pada asalnya dicadangkan pada bulan kemerdekaan, namun telah ditunda ke hari ini atas faktor jerebu. Majlis ini turut meraikan para pemenang Sukan Dalaman Pelajar yang telahpun diadakan pada 5 hingga 12 Oktober lalu. Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan, antaranya Ragbi, Pingpong, Badminton, Sepak Takraw, Tarik Tali, Mobile Legend, Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Tampar. Program ini diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal dalam kalangan warga kampus. Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan pelajar yang aktif, sihat, dan cemerlang secara holistik.
KURSUS PENGURUSAN FAIL JABATAN SIRI 2 DAN TEKNIK PEMULIHARAAN REKOD SELEPAS BENCANA

KURSUS PENGURUSAN FAIL JABATAN SIRI 2 DAN TEKNIK PEMULIHARAAN REKOD SELEPAS BENCANA

KURSUS PENGURUSAN FAIL JABATAN SIRI 2 DAN TEKNIK PEMULIHARAAN REKOD SELEPAS BENCANA 16 – 17 November 2026 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail Jabatan Siri 2 dan Teknik Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana selama dua hari, bermula 16 hingga 17 November 2026. Kursus ini dikendalikan oleh En. Hasbullah Bin Abd Hamid yang memberikan perkongsian ilmu, panduan serta pendedahan berkaitan amalan pengurusan fail dan rekod jabatan yang sistematik, teratur dan berkesan. Antara fokus utama kursus adalah meningkatkan kefahaman peserta mengenai kaedah pengurusan dan penyelenggaraan fail jabatan, di samping memberi pengetahuan tentang teknik pemuliharaan rekod yang terjejas akibat bencana. Pendedahan ini amat penting bagi memastikan rekod dan dokumen rasmi jabatan sentiasa terpelihara serta dapat dipulihkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Diharapkan melalui pelaksanaan kursus ini, para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam urusan pengurusan fail serta pemuliharaan rekod di jabatan masing-masing. Tahniah dan terima kasih kepada pengajar serta semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Pengurusan rekod yang sistematik, pemeliharaan maklumat yang terjamin!

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala LangatΒ 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Β 
Β Telefon : 03 -Β 3120 4600
Β Faksimili : 03 -Β 3120Β 4440
Β Email : info.ilpkls@jtm.gov.myΒ 

Β 

Β 

Media Sosial