Accessibility Tools

MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI MELALUI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TVET

MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI MELALUI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TVET

MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI MELALUI PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TVET 📅 18 November 2026 | Rabu 📍 ADTEC JTM Kampus Kuala Langat ADTEC JTM Kampus Kuala Langat berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Kolej Sains Geospatial dan Teknologi (GSTC) bagi mengadakan sesi perbincangan strategik dalam meneroka potensi kerjasama, khususnya berkaitan penawaran dan pelaksanaan Kursus Jangka Pendek. Sesi perbincangan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara institusi latihan melalui penerokaan peluang kolaborasi yang merangkumi perkongsian kepakaran teknikal, pembangunan program latihan berorientasikan industri serta pengoptimuman kemudahan dan fasiliti latihan. Sinergi kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang pembangunan kemahiran, meningkatkan kompetensi tenaga kerja serta memperluas akses kepada latihan TVET yang relevan dengan keperluan industri semasa. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik yang berimpak tinggi, mampan dan memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua institusi. Bersama Memperkasa Kemahiran, Mencipta Peluang dan Membina Masa Depan TVET!

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial