Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kepakaran Kluster Sivil Bil. 2/2026
19 November 2026 | Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kepakaran Kluster Sivil Bil. 2/2026
Pihak ADTEC Kuala Langat berbesar hati menerima kunjungan delegasi jawatankuasa bagi program penyelarasan ini. Program selama dua hari ini padat dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat untuk pembangunan TVET negara:
18 November 2026: Rombongan telah mengadakan lawatan industri ke My Bim di CIDB, Kuala Lumpur pada sebelah pagi, diikuti lawatan ke pejabat CuberLab di Damansara pada sebelah petang.
19 November 2026: Sesi Mesyuarat Kluster berlangsung di ADTEC Kuala Langat pada sebelah pagi, disusuli dengan sesi lawatan ke bengkel-bengkel kami pada waktu petang.
Antara agenda utama yang dibincangkan bersama delegasi kepakaran termasuklah cadangan pelaksanaan kursus-kursus profesional mengikut bidang serta perancangan pelaksanaan diploma integrasi.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan jemputan yang hadir dari pelbagai institusi, termasuk Ibu Pejabat JTM, ADTEC Kemaman, ADTEC Serian, ADTEC Kuala Terengganu, ADTEC Kota Bharu, ADTEC Kota Kinabalu, ADTEC Labuan, ADTEC Kuantan, ADTEC Pedas, dan ADTEC Marang.
Semoga perbincangan dan percambahan idea selama dua hari ini mencapai objektifnya demi melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing.