KURSUS PENGURUSAN FAIL JABATAN SIRI 2 DAN TEKNIK PEMULIHARAAN REKOD SELEPAS BENCANA
KURSUS PENGURUSAN FAIL JABATAN SIRI 2 DAN TEKNIK PEMULIHARAAN REKOD SELEPAS BENCANA
16 β 17 November 2026 | ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail Jabatan Siri 2 dan Teknik Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana selama dua hari, bermula 16 hingga 17 November 2026.
Kursus ini dikendalikan oleh En. Hasbullah Bin Abd Hamid yang memberikan perkongsian ilmu, panduan serta pendedahan berkaitan amalan pengurusan fail dan rekod jabatan yang sistematik, teratur dan berkesan.
Antara fokus utama kursus adalah meningkatkan kefahaman peserta mengenai kaedah pengurusan dan penyelenggaraan fail jabatan, di samping memberi pengetahuan tentang teknik pemuliharaan rekod yang terjejas akibat bencana. Pendedahan ini amat penting bagi memastikan rekod dan dokumen rasmi jabatan sentiasa terpelihara serta dapat dipulihkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Diharapkan melalui pelaksanaan kursus ini, para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam urusan pengurusan fail serta pemuliharaan rekod di jabatan masing-masing.
Tahniah dan terima kasih kepada pengajar serta semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.
Pengurusan rekod yang sistematik, pemeliharaan maklumat yang terjamin!