
Tentang
ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
Visi, Misi dan Objektif Kami
Visi
Untuk menjadi organisasi peneraju dalam membangun tenaga kerja yang berdaya saing
Misi
Untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing
Objektif
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor ini ditubuhkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang tertumpu terhadap kemahiran dan teknologi industri terkini melalui objektif tersebut :-
- Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara
- Meninggikan kemahiran pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan negara
- Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perindustrian melalui latihan yang bersistematik.
Piagam Pelanggan 2026
Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset ADTEC JTM Kuala Langat
1. Pengenalan
Piagam Pelanggan ini bertujuan untuk menetapkan komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan di ADTEC JTM Kuala Langat. Kami berusaha untuk memastikan semua aset dan infrastruktur diuruskan dengan baik dan efisien.
3. Komitmen Kami
Kami berjanji untuk:
Pengurusan Aduan: Menangani aduan berkaitan kerosakan kemudahan dan infrastruktur institut dengan segera dan profesional.
Penyelenggaraan Berkualiti: Memastikan semua kemudahan bangunan, utiliti dan infrastruktur institut berada dalam keadaan selamat, berfungsi dan selesa digunakan.
Pengurusan Aset: Mengurus dan menyelenggara aset institut secara sistematik bagi memastikan rekod aset adalah tepat dan terkini.
Perolehan yang Berkesan: Melaksanakan proses perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja secara telus serta mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa.
Keselamatan: Memastikan aspek keselamatan kemudahan institut dipantau secara berterusan bagi mengelakkan risiko kemalangan atau kerosakan serius.
Pematuhan Audit dan Tadbir Urus : Memastikan semua urusan penyelenggaraan, perolehan dan pengurusan aset dilaksanakan secara teratur serta mematuhi keperluan audit dan naziran.
Nota:
Tindakan pembaikan yang melibatkan peruntukan kewangan adalah tertakluk kepada kelulusan bajet dan proses perolehan yang berkuat kuasa.