Accessibility Tools

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) MELALUI KURSUS JANGKA PENDEK (KJP)

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) MELALUI KURSUS JANGKA PENDEK (KJP)

Pada 11 November 2026 (Rabu) – Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah melaksanakan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui Kursus Jangka Pendek (KJP) bertajuk "Bengkel PC Assembly & Asas Perkakasan Komputer" yang bertempat di Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Rahim bin Mohd Amin dan Pn. Faafizan binti Mohd Kasiran, pengajar daripada Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR). Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai asas perkakasan komputer serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi komputer. Antara pengisian utama yang diketengahkan termasuk: Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 2 Jannatul Firdaus daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang telah menyertai bengkel ini dengan diiringi oleh dua orang guru pengiring, iaitu En. Mohd Faizal bin Zam dan Pn. Aina Farhana binti Ahmad Sabri. Melalui program ini, para pelajar berpeluang menambah pengetahuan, meneroka bidang teknologi komputer dan meningkatkan minat terhadap pendidikan berasaskan kemahiran TVET. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SBPI Rawang atas kerjasama yang diberikan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program CSR ini. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat memberikan manfaat serta menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus meneroka bidang teknologi dan kemahiran komputer.

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala LangatΒ 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Β 
Β Telefon : 03 -Β 3120 4600
Β Faksimili : 03 -Β 3120Β 4440
Β Email : info.ilpkls@jtm.gov.myΒ 

Β 

Β 

Media Sosial