Lawatan Pendedahan Industri pelajar ke Cisco Systems (Malaysia)
Pada 28 Oktober 2026, seramai 25 orang pelajar Semester 2 Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan Lawatan Pendedahan Industri ke Cisco Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. yang bertempat di KL Sentral, Kuala Lumpur. Lawatan ini disertai oleh tiga orang pengajar, iaitu Pn. Ainon bin Abdullah. Pn. Juliana binti Mohd Elah dan Pn. Nik Mursilah Akmal bt Nik Mustafa.
Lawatan industri ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang persekitaran sebenar industri, perkembangan teknologi rangkaian terkini serta amalan kerja profesional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Melalui sesi taklimat dan lawatan ini, pelajar berpeluang mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dengan menghubungkan pembelajaran teori dan amali di institut dengan aplikasi sebenar di industri. Program ini juga memenuhi keperluan silibus COPTPA melalui modul CIE200 – Industry Exposure, di samping meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peluang kerjaya dan persijilan profesional dalam bidang rangkaian komputer.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Cisco Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. atas peluang dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan lawatan ini. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat memberikan manfaat kepada para pelajar serta meningkatkan kompetensi, keyakinan dan kesediaan mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan.