Majlis Apresiasi Sesi 2/2026
28 Oktober 2026 | Majlis Apresiasi Sesi 2/2026
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menganjurkan Majlis Apresiasi Sesi 2/2026 bertempat di Hotel KSL Esplanade, Klang.
Majlis yang berlangsung pada petang tadi telah dihadiri oleh Tuan Pengarah, Ts. Yuslan bin Yasok bersama para pegawai dan kakitangan, serta meraikan seramai 103 orang pelajar sijil dan diploma semester akhir.
Majlis ini diadakan bagi menghargai segala usaha, komitmen, dan pencapaian para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
Semoga majlis ini memberi kenangan bermakna kepada semua yang terlibat dan menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus cemerlang serta menyumbang bakti kepada kemajuan industri TVET negara.