Sesi Pembelajaran Terakhir Program K-Youth Nurture 2026
21 Oktober 2026 | Sesi Pembelajaran Terakhir Program K-Youth Nurture 2026
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat kerana telah berjaya melengkapkan sesi pembelajaran terakhir bagi program K-Youth Nurture 2026 pada 21 Oktober 2026 yang lalu.
Program latihan kemahiran ini telah berlangsung sejak bulan Ogos dan disertai oleh para pelajar dengan penuh dedikasi. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama, komitmen serta kesungguhan luar biasa yang dipamerkan sepanjang modul latihan dilaksanakan.
Program ini diadakan bagi memperkasa kemahiran digital, teknikal dan insaniah para belia, sekali gus melengkapkan mereka dengan daya saing yang tinggi mendepani kehendak pasaran kerja semasa.
Semoga ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini memberi manfaat berpanjangan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan masa hadapan para pelajar dalam bidang TVET.