
Mesyuarat Kerja Semakan Dan Pengesahan Bahan PdP Program ILJTM Bersama JPK – Fast Track
19 - 20 Mei 2025 | Mesyuarat Kerja Semakan Dan Pengesahan Bahan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Program Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) – Fast Track ini telah dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Mesyuarat ini melibatkan 1 proram dari Kluster Sivil dan 3 program dari Kluster ICT. Ianya telah dihadiri oleh 3 orang panel dari JPK, 8 orang panel dari industri dan 9 orang pegawai dari kalangan pengajar-pengajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Kuala Terengganu, Kemaman, Selandar, Tangkak, Batu Pahat, Serian, Proton Institute (ADTEC Melaka) dan urusetia daripada Bahagian Kawalan Tenikal (BKT), Jabatan Tenaga Manusia.
Tahniah diucapkan!
Hasil daripada mesyuarat ini, kesemua bahan Pembelajaran Dan Pengajaran tersebut telah disemak dan diterima oleh panel JPK.