Accessibility Tools

 Program Pelancaran Rasmi GTPC dan Forum Industri Berimpak Tinggi bersama GITC

Program Pelancaran Rasmi GTPC dan Forum Industri Berimpak Tinggi bersama GITC

6 Jun 2026 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah terlibat dalam menghadiri program pelancaran rasmi dan forum bertajuk “Pelancaran Rasmi GITC TVET Placement Centre (GTPC) dan Forum Industri Berimpak Tinggi di bawah Hub 2: TVET Seminar”. Program ini merupakan anjuran Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) bersempena Hari TVET Negara 2026. Seramai 33 orang pelajar serta Pegawai Pengiring, En. Hilmi bin Abdul Majid telah menghadiri seminar ini. Sesi ini diadakan bagi memberi pendedahan yang meluas kepada para pelajar mengenai penempatan kerjaya TVET serta membincangkan peluang dan hala tuju industri berimpak tinggi bersama pihak GITC.
Aktiviti Mingguan “Jom Brisk Walk”

Aktiviti Mingguan “Jom Brisk Walk”

4 Februari 2026 | Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjayakan aktiviti mingguan “Jom Brisk Walk” yang telah dihadiri oleh seluruh warga kampus yang terdiri daripada para kakitangan dan pelajar. Aktiviti mingguan yang dijalankan setiap hari Rabu ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha menyahut program ESG (Environmental, Social, and Governance) di peringkat jabatan. Selain memupuk gaya hidup sihat, aktiviti ini bertujuan memperkukuh aspek kesejahteraan sosial dan kelestarian warga kerja serta pelajar melalui pengamalan rutin riadah yang konsisten. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan modal insan yang cergas, produktif, serta menyokong agenda kelestarian negara.
Lawatan ke pesta buku antarabangsa Selangor 2025

Lawatan ke pesta buku antarabangsa Selangor 2025

2 - 4 Disember 2025 |Bahagian Pusat SUmber & MUltimedia (BPSM) kampus Kuala Langat telah menganjurkan lawatan ke pesta buku antarabangsa Selangor bertempat di Setia City Convention Center Shah Alam. Program Kali ini melibatkan seramai 51 orang pelajar dan 10 orang kakitangan termasuk pengajar semasa berlangsungnya pesta buku tersebut. Pelbagai aktiviti menarik seperti program bersama penulis dan penerbit buku yg membicarakan perkongsian pengalaman serta penyampaian maklumat dalam menghasilkn bahan ilmiah. Turut serta dalam pesta buku ini adalah syarikat buku antarabangsa seperti dari India dan China. Pesta buku Kali ini telah menawarkan pelbagai potongan diskaun yg menarik utk para pengunjung mendpatkan bahan bacaan yg bekualiti dgn harga berpatutan. Begitu juga diadakan aktiviti semasa yg menarik kpd para pengunjung terutama kpd pelajar sekolah dan pelajar ipta. Para warga adtec Kuala Langat telah mengambil peluang ini utk mendapatkan bahan2 bacaan ilmiah yg bekualiti di samping dapat mengenali pelbagai penerbit2 buku2 tempatan dan luar negara.
Penyerahan Sumbangan Kebajikan Pelajar

Penyerahan Sumbangan Kebajikan Pelajar

4 Disember 2025 | Penyerahan Sumbangan Kebajikan Pelajar bersama Warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menjayakan satu sesi penyerahan sumbangan kebajikan kepada pelajar, saudari Nur Najwin Najihah binti Nashahrudin yang mengalami kerosakan kenderaan akibat bencana alam. Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh En. Loh Hong Wai, Timbalan Pengarah (Latihan) ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Inisiatif ini telah melibatkan penyertaan daripada warga kampus ADTEC JTM Kampus Kuala Langat menerusi kutipan sumbangan ikhlas yang dijalankan. Penyerahan sumbangan ini diadakan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar tersebut serta menzahirkan rasa prihatin dan tanggungjawab warga kerja dan pelajar terhadap kebajikan sesama warga institusi. Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar tersebut dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan nilai kebersamaan dan kasih sayang di kalangan warga ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Program Brisk Walk ADTEC JTM Kampus Kuala Langat

Program Brisk Walk ADTEC JTM Kampus Kuala Langat

3 Disember 2025 | Program Brisk Walk merupakan aktiviti rasmi kampus yang dijalankan setiap hari Rabu, anjuran Jawatankuasa Sosial ESG. Program yang berlangsung pada sebelah pagi tadi telah diketuai dan disertai oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Langat. Program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan barisan kakitangan dan para pelajar. Aktiviti ini diadakan bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan, dan para pelajar. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada persekitaran warga kerja dan pelajar yang cergas, ceria, dan produktif.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial