Accessibility Tools

 Bengkel Eksplorasi Diri bersama Yayasan Raja Muda Selangor & ILP Kuala Langat

Bengkel Eksplorasi Diri bersama Yayasan Raja Muda Selangor & ILP Kuala Langat

22 Mei 2025 | Hari ini berlangsungnya Program Self-Discovery Workshop 2025 hasil kolaborasi antara Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dan ILP Kuala Langat. Seramai 70 orang pelajar dari 5 buah sekolah menengah di daerah Kuala Langat telah berkumpul di ILP Kuala Langat untuk menyertai pelbagai aktiviti pengenalan kepada dunia TVET, penilaian kerjaya, serta kursus-kursus jangka pendek. Antara modul dan aktiviti menarik yang dijalankan termasuk: • Sesi Pembangunan Diri bersama pihak Radiant Group • Instrumen Eksplorasi Kerjaya & Personaliti • Kursus jangka pendek seperti: • Basic SketchUp • Bijak Dengan AI • Basic Arduino • DIY IoT Project • Photography Using Smartphone • Canva Using Smartphone Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai laluan kemahiran dan TVET serta membina keyakinan diri melalui eksplorasi minat dan potensi. Terima kasih kepada Yayasan Raja Muda Selangor, PPD Kuala Langat, dan semua warga kerja ILP Kuala Langat yang menjayakan program hari ini. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi buat para pelajar dalam membina masa depan yang cemerlang.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial