
Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan
23 MEI 2025 |Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan ADTEC JTM kampus Kuala Langat bagi bulan Mei 2025 telah dianjurkan oleh bahagian petadbiran dan berlangsung di Bilik Seminar 2 Pusat Sumber pagi ini.
Majlis yang menghimpunkan seluruh warga kerja ADTEC JTM kampus Kuala Langat ini dimulai dengan bacaan Yassin beramai-ramai dan seterusnya diisi dengan perkongsian maklumat dari Puan Fatin (Bahagian Pentadbiran, Puan Ayulita (BKKL), En. Syafiq (Pengerusi KESKIL) dan amanat dari Pengarah ADTEC JTM kampus Kuala Langat, Ts. Dr. Muhammad bin Yusof.