
Pameran Pendidikan Tinggi Guizhou, China di UCSI
22 MEI 2025 | ILP Kuala Langat telah dijemput menyertai Pameran Pendidikan Tinggi Guizhou, China bertempat di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Seramai 80 orang kakitangan dan pelajar ILP Kuala Langat telah hadir bagi menjayakan program ini.
Pameran ini melibatkan penyertaan universiti-universiti terkemuka dari China dan bertujuan memperkukuh hubungan serta kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan vokasional antara Guizhou dan negara-negara ASEAN. Pameran Pendidikan Tinggi Guizhou ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof pada sebelah pagi tadi.
Selain daripada itu, kakitangan dan pelajar ILP Kuala Langat turut dibawa melawat kampus UCSI.
Adalah diharapkan melalui program ini, pelajar-pelajar dapat mengenali lebih lanjut tentang program pengajian TVET yang ditawarkan oleh universiti-universiti berkenaan.