Accessibility Tools

Program Community : Side by Side Kampung Tour

Program Community : Side by Side Kampung Tour

17 Mei 2025 | ILP Kuala Langat telah dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Program Community : Side By Side Kampung Tour anjuran Yayasan Sime Darby (YSD) dan SD Guthrie Berhad, Wilayah Tengah Timur. Seramai 68 orang pelajar ILP Kuala Langat turut serta dalam menjayakan program “Kampung Tour” ini. Program “Kampung Tour” ini bertujuan untuk memperkenalkan kesenian dan kebudayaan serumpun Malaysia kepada generasi masa kini, agar warisan tersebut tidak dilupakan serta dapat dilestarikan untuk generasi akan datang. Pelbagai acara menarik telah berlangsung. Antaranya ialah Persembahan oleh Young KL Singers serta Pertukaran Bengkel antara Young KL Singers dan Komuniti Mah Meri. Pertukaran Bengkel ini termasuk Pengenalan Bertabik Mek Mulung dan Tarian Tradisional. Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Sime Darby (YSD) dan SD Guthrie Berhad, Wilayah Tengah Timur kerana telah memilih ILP Kuala Langat sebagai lokasi penganjuran kampung Tour pada tahun ini.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial