Accessibility Tools

Kursus Intergriti & Anti Rasuah (KIAR)

Kursus Intergriti & Anti Rasuah (KIAR)

24 Mei 2025 | Kursus Intergriti & Anti Rasuah (KIAR) ini telah dilaksanakan pada 24 Mei 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Lavender ADTEC JTM kampus Kuala Langat. Susulan daripada Keputusan Mesyuarat Majlis TVET Negara Bil. 2/2024 bertarikh 11 September 2024 semua institusi TVET diwajibkan untuk melaksanakan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR). 2 orang pegawai ADTEC JTM Kampus Kuala Langat iaitu En. Khairul Anuar Bin Hassan dan Pn. Intan Suraya Binti Nordin telah dilantik sebagai tenaga pengajar bagi melaksanakan kursus ini kepada semua pelajar semester akhir. Bermula sesi 1/2025, terdapat 3 modul KIAR TVET yang perlu dilaksanakan di semua ADTEC JTM. Tempoh jam minima keseluruhan bagi 3 modul ini adalah selama 8 jam yang merangkumi 7 jam pembelajaran dan 1 jam penilaian. KIAR TVET merupakan kursus yang WAJIB dihadiri oleh kumpulan sasaran tetapi bukan syarat bergraduasi. Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kesedaran tentang rasuah kepada para pelajar.

Related Articles

Majlis Apresiasi Sesi 1/2022

Majlis Apresiasi Sesi 1/2022

Aktiviti ko-kurikulum

Aktiviti ko-kurikulum

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial