
Program Kepimpinan Pelajar 2025
16 - 18 MEI 2025 |Kem Kepimpinan Pelajar yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Laman Cikgu 21, Tanjung Karang, Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan komitmen oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar seramai 22 orang.
Program ini bertujuan membentuk generasi muda yang berketrampilan serta memiliki daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran masa depan. Sepanjang kem ini, peserta telah menjalani pelbagai aktiviti interaktif seperti sesi ice-breaking, latihan komunikasi, cabaran kepimpinan serta aktiviti luar yang menguji kebolehan mereka dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan efektif.
Program ini diakhiri dengan majlis penutupan serta penyampaian hadiah kepada semua peserta. Adalah diharapkan agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh dalam kem ini akan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan membentuk pemimpin yang berintegriti dan berkualiti.