Accessibility Tools

LAWATAN DELEGASI JTM & ADTEC JTM KE MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)

LAWATAN DELEGASI JTM & ADTEC JTM KE MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)

LAWATAN DELEGASI JTM & ADTEC JTM KE MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU) 6 Oktober 2026 | Multimedia University (MMU), Cyberjaya Telah berlangsung sesi Lawatan Delegasi JTM dan ADTEC JTM ke Multimedia University (MMU) pada pagi ini sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan dan meneroka potensi kerjasama dalam bidang pembangunan bakat, teknologi, latihan profesional serta laluan pendidikan tinggi bagi pelajar TVET. Delegasi yang diketuai oleh Syafiq bin Ab Wahab, Ketua Delegasi, Ibu Pejabat JTM turut disertai oleh wakil daripada: 🔹 Ts. Dr. Mohamad Asrofi bin Muslim -ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur 🔹 Dr. Rosliza binti Abdul Hamid –ADTEC JTM Kampus Shah Alam 🔹 Pn. Noor Hafiza binti Jedris –ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 🔹 Ts. Sherinatasha binti Jeonmani –ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 🔹 En. Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah –ADTEC JTM Kampus Kuala Langat Sesi perbincangan turut memberi fokus kepada usaha memperluas educational pathway bagi graduan ADTEC JTM, memperkukuh pembangunan kompetensi serta meningkatkan pendedahan pelajar kepada teknologi dan keperluan industri semasa. Enam Teras Kerjasama yang Dicadangkan 1. MMU LAB @ ADTEC JTM – Pembangunan makmal co-branding bagi memperkukuh bidang teknologi dan kepakaran seperti AI, Software, Multimedia, IoT dan Computer Science. 2. ADTEC JTM TALENTS BOOTCAMP – Program pembangunan bakat meliputi leadership, communication, technical skills dan project portfolio. 3. MMU LAND – Technology & Academic Immersion – Platform perkongsian teknologi, curriculum mapping dan penjajaran laluan Diploma ADTEC JTM → Degree MMU. 4. MMU FUTURE TALENT XPRESS – Program latihan teknologi bersama dalam bidang seperti AI, Creative Multimedia, Drone Technology dan UI/UX. 5. PROGRAM BIASISWA B40: ADTEC JTM → DEGREE MMU – Meneroka peluang bantuan kewangan bagi pelajar Muslim B40 berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di MMU. 6. MMU INFO CORNER @ ADTEC JTM – Pusat sehenti informasi berkaitan program Ijazah, biasiswa, permohonan dan peluang pembangunan bakat di MMU. Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif ini mencerminkan komitmen JTM dan ADTEC JTM dalam membina jaringan strategik bersama institusi pendidikan tinggi serta memastikan laluan perkembangan akademik dan kerjaya pelajar TVET terus diperkasa. Semoga hubungan strategik antara JTM, ADTEC JTM dan Multimedia University (MMU) terus berkembang dan membuka lebih banyak peluang dalam bidang pendidikan, teknologi, pembangunan bakat dan industri. TVET membuka laluan. Kolaborasi memperluas peluang.

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial