Accessibility Tools

PROGRAM CYBER DIGITAL SERVICES DEFENCE AND SECURITY ASIA (CYBERDSA) 2026

PROGRAM CYBER DIGITAL SERVICES DEFENCE AND SECURITY ASIA (CYBERDSA) 2026

PENGELIBATAN ADTEC KAMPUS KUALA LANGAT KE PROGRAM CYBER DIGITAL SERVICES, DEFENCE AND SECURITY ASIA (CYBERDSA) 2026 KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2026 – ADTEC Kampus Kuala Langat komited dalam memperkasakan kemahiran dan pengetahuan teknologi semasa. Seramai 3 orang wakil pegawai daripada Unit CESS, TKR, dan BPSM telah menghadiri program Cyber Digital Services, Defence and Security Asia (CYBERDSA) 2026 bertempat di Dewan 6, MITEC, Kuala Lumpur. Program eksklusif berasaskan jemputan ini menumpukan kepada sesi perbincangan, lawatan pameran, serta demonstrasi solusi teknologi terbaharu. Sesi ini memberi pendedahan secara fokus berkenaan bidang keselamatan siber, teknologi maklumat, pengurusan risiko, dan pematuhan dalam usaha memperkukuh jaringan strategik serta kepakaran warga ADTEC. Penglibatan ini diharapkan dapat memberi nilai tambah dan aspirasi baharu kepada warga kampus sejajar dengan perkembangan teknologi digital dan keselamatan siber masa kini.

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial