Accessibility Tools

PROGRAM KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM TVET DAERAH KUALA LANGAT 2026

PROGRAM KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM TVET DAERAH KUALA LANGAT 2026

1 OKTOBER 2026 | PROGRAM KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM TVET DAERAH KUALA LANGAT 2026 ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Majlis Belia Daerah Kuala Langat bagi merancang penganjuran aktiviti sukan yang melibatkan institusi-institusi TVET di Daerah Kuala Langat. Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh: Al Hafizi bin Hj Abu Bakar Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Langat Hanyzam bin Selamat Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Belia Selangor Melalui penganjuran aktiviti sukan secara bersama, program ini diharap dapat menyemarakkan budaya hidup sihat, membentuk semangat berpasukan, meningkatkan disiplin serta mengukuhkan jaringan silaturahim dalam kalangan institusi TVET di daerah ini. Kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Majlis Belia Daerah Kuala Langat ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada generasi muda TVET untuk menyerlahkan bakat, membina keyakinan diri serta mencipta pengalaman yang bermakna melalui aktiviti sukan.

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial