Lawatan Kerjasama Rakan Strategik ke ArtSeven Group Sdn Bhd
1 Oktober 2026 | Lawatan Kerjasama Rakan Strategik ke ArtSeven Group Sdn. Bhd.
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah terlibat dalam satu Lawatan Kerjasama Rakan Strategik ke Syarikat ArtSeven Group Sdn. Bhd.
Lawatan yang berlangsung pada pagi tadi telah dihadiri oleh delegasi ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang diketuai oleh Pengarah, Ts. Yuslan bin Yasok, bersama wakil Bengkel CADD Senibina, Tn. Hj. Mashaizal bin Mohd, serta Pegawai CESS, En. Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah.
Sesi lawatan dan perbincangan ini diadakan bagi:
* Membincangkan ruang dan peluang penempatan Latihan Industri (LI) bagi pelajar-pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
* Memantapkan pembangunan kurikulum TVET agar sentiasa relevan dengan kehendak dan keperluan industri semasa.
* Meneroka potensi kerjasama dalam perkongsian kepakaran, latihan kemahiran, serta pelaksanaan program pembangunan modal insan.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan kolaborasi antara institusi TVET dan industri.