Bengkel “Ethical Hacking” di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat
Pada 18 September 2026, Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah mengadakan Bengkel “Ethical Hacking” yang berlangsung pada jam 3.00 petang. Bengkel ini melibatkan semua pelajar dan tenaga pengajar daripada Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh wakil daripada Intellize Tech Services, iaitu Puan Joan Rosa A/P Vijayan selaku Digital Security Trainer dan Puan Nabilah Salleh selaku fasilitator.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan tenaga pengajar mengenai bidang keselamatan siber serta meningkatkan pemahaman tentang amalan penggodaman secara beretika. Para peserta turut diperkenalkan kepada ancaman keselamatan siber, kelemahan sistem dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi sistem komputer serta rangkaian daripada serangan siber.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta berpeluang mempelajari konsep asas ethical hacking dan memahami peranan penggodam beretika dalam mengenal pasti kelemahan sesebuah sistem. Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada penceramah dapat membantu para peserta memahami kepentingan keselamatan siber serta mengetahui perkembangan semasa dalam industri teknologi maklumat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Intellize Tech Services, khususnya kepada Puan Joan Rosa A/P Vijayan dan Puan Nabilah Salleh atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta kepakaran bersama semua peserta. Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan minat dan pengetahuan para pelajar serta tenaga pengajar dalam bidang keselamatan siber, sekali gus melahirkan bakat digital yang berpengetahuan dan beretika.