Accessibility Tools

SESI RAKAMAN PODCAST – FORUM TVET TAHUNAN IMT-GT 2026

SESI RAKAMAN PODCAST – FORUM TVET TAHUNAN IMT-GT 2026

17 September 2026 II SESI RAKAMAN PODCAST – FORUM TVET TAHUNAN IMT-GT 2026 ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah melaksanakan sesi rakaman podcast sempena Forum TVET Tahunan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) 2026. Sesi podcast ini menampilkan dua panel iaitu YBrs. Ts. Mohd Sukri bin Musa, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuantan dan YBrs. Ts. Azkar Albar bin Abu Bakar, Pengarah ADTEC JTM Kampus Bukit Katil, dengan En. Mohd Amirul Syafiq bin Abdullah, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat sebagai moderator. Sesi ini turut menjadi medium untuk mempromosikan Forum TVET Tahunan IMT-GT 2026 yang akan berlangsung pada 29 September 2026 di Kuantan, Pahang, di samping meningkatkan kesedaran mengenai IMT-GT dan kepentingan kerjasama pembangunan TVET di peringkat serantau. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan sesi rakaman ini.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial