
Program Tomorrow’s Leaders 2025
29 Mei 2025 | ILP Kuala Langat telah menghantar 6 wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi menyertai Program Tomorrow’s Leaders anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Langat. Program pada kali ini telah diadakan di IKBN Kuala Langat.
Antara intipati pengisian Program Tomorrow’s Leaders ialah memberi pengetahuan dan pemahaman berkaitan pendidikan pencegahan dadah serta mengerakkan pelajar-pelajar ILK/ IPT dalam Daerah Kuala Langat sebagai agen penyebar maklumat yang proaktif dan berketerampilan.
Terima kasih diucapkan kepada AADK Kuala Langat kerana telah memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar ILP Kuala Langat untuk menyertai program sebegini.