Pada 31 Oktober 2023, seramai 10 orang pelajar diiringi oleh seorang pengajar iaitu Pn. Aminah binti Jaferi dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat telah dijemput untuk menghadiri Hari ICT di Kementerian Sumber Manusia bertempat di Dewan Serbaguna KSM.
Objektif program ini adalah sebagai platform pendedahan makluman mengenai kepentingan keselamatan siber pada era digitalisasi. Perbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti ceramah, perkongsian maklumat mengenai keselamatan siber, pertandingan, kuiz dan pameran berkaitan dengan ICT.
Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar - pelajar dan Pn. Aminah kerana telah menghadiri jemputan tersebut dan berjaya meraih kemenangan dalam pelbagai pertandingan yang telah diadakan.