Accessibility Tools

Program Bengkel Bangsa Malaysia bersama Pusat KOMAS

Program Bengkel Bangsa Malaysia bersama Pusat KOMAS

3 November 2026 | Program Bengkel Bangsa Malaysia bersama Pusat KOMAS Pihak ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah berbesar hati menjayakan satu sesi perkongsian ilmu menerusi penganjuran Program Bengkel Bangsa Malaysia bersama Pusat KOMAS bertempat di Bilik Seminar 2, Pusat Sumber. Program yang berlangsung pada petang tadi telah dikendalikan oleh En. Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS dan Pn. Nurul Afrina, Penyelaras Program. Sesi ini turut dibantu oleh Pn. Faribel Maglin serta En. Randy Ohera dengan penglibatan aktif seramai 59 orang pelajar Sijil Teknologi Cadd Senibina dan Teknologi Multimedia Interaktif. Program ini diadakan bagi memupuk kesedaran serta kefahaman yang mendalam dalam kalangan pelajar mengenai konsep keharmonian dan semangat perpaduan berteraskan Bangsa Malaysia. Lebih menarik lagi, sesi bengkel ini turut disulami dengan pelbagai aktiviti interaktif yang bukan sahaja memeriahkan suasana, malah memastikan objektif penyampaian maklumat dapat dihayati sepenuhnya oleh setiap pelajar. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan melahirkan graduan TVET yang kompeten, bersatu padu, dan saling menghormati.

Related Articles

Alamat

ADTEC JTM Kampus Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial