Projek CoCoPi (Coconut & Coffee Planting for Impact)
15 Oktober 2026 (Khamis) - ADTEC JTM Kampus Kuala Langat secara rasminya melancarkan Projek CoCoPi (Coconut & Coffee Planting for Impact), sebuah inisiatif berimpak tinggi yang menterjemahkan komitmen jabatan terhadap prinsip ESG (Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus / Environmental, Social and Governance).
KOMITMEN KELESTARIAN: PROJEK CoCoPi ADTEC JTM KAMPUS KUALA LANGAT
"Dua Akar, Satu Impak Hijau"
Projek ini menerapkan nilai ESG secara menyeluruh menerusi tiga teras utama:
1. Persekitaran (Environmental):
Penanaman bersepadu pokok kelapa dan kopi bagi memulihara ekosistem, meningkatkan penghijauan kawasan kampus, serta menggalakkan biodiversiti flora dan fauna tempatan.
2. Sosial (Social):
Memupuk semangat kerjasama, kebersamaan, dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan wargakampus (staf dan pelajar) menerusi aktiviti gotong-royong dan kerja berpasukan mengikut plot.
3. Tadbir Urus (Governance):
Pelaksanaan program yang teratur, berstruktur, dan telus mengikut spesifikasi teknikal penanaman, pengurusan keselamatan tapak, serta pelaporan ESG yang sistematik demi kecekapan organisasi.