🛡️ MEMBINA MODAL INSAN BERINTEGRITI, BEBAS RASUAH!
MEMBINA MODAL INSAN BERINTEGRITI, BEBAS RASUAH!
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar semester akhir Sesi 2/2026 ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang telah selesai mengikuti Kursus Integriti & Anti Rasuah (KIAR) yang dijalankan pada hari ini, 30 September 2026!
Program ini telah dikendalikan dengan penuh bertenaga dan padat dengan ilmu oleh Penolong Penguasa (PPs) Fairuzillah binti Arrif, Pegawai Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Selangor.
💡 Antara intipati penting yang dikongsikan:
✅ Memahami 4 kesalahan utama rasuah di bawah Akta SPRM 2009 (Meminta/Menerima, Menawar/Memberi, Tuntutan Palsu & Salah Guna Kuasa).
✅ Pendedahan statistik keterlibatan belia dalam isu rasuah & implikasi integriti di tempat kerja.
✅ Tanggungjawab dan keberanian menolak serta melaporkan perbuatan rasuah demi maruah diri dan kerjaya.
Semoga bekalan ilmu ini menjadi benteng kukuh buat bakal graduan TVET sebelum melangkah megah ke alam industri dan pekerjaan. Graduan berkemahiran tinggi, berprinsip dan berintegriti kebanggaan negara! 🇲🇾✨