Program JTM Skills 2026 Bidang ICT di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, Johor
Pada 21 dan 22 September 2026, Jawatankuasa Kluster ICT Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menganjurkan program JTM Skills 2026 Bidang ICT bertempat di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, Johor. Program pertandingan ini membawa tema "Melahirkan Bakat Digital, Memacu Masa Depan".
Syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad ADTEC JTM Kampus Kuala Langat atas semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan ini diadakan.
Setinggi-tinggi tahniah buat pasukan Cyber Security, iaitu Muhammad Hafizzul Bin Mohd Zaini dan Muhammad Hakimi Aswad Bin Mohd Faiszal di bawah bimbingan jurulatih Puan Nurulafiza Binti Ramli, yang telah mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Kuala Langat selepas berjaya merangkul gelaran JOHAN.
Ucapan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada wakil kategori IT Network System Administration (ITNSA), iaitu Nazihan Bin Nazzuzi dan berserta jurulatih Encik Mohd Rahim Bin Mohd Amin atas usaha gigih, komitmen padu serta dedikasi tinggi dalam mewakili dan menaikkan nama ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa Kluster ICT JTM, ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, para hakim, serta seluruh warga kerja yang menjayakan program ini. Diharapkan pencapaian dan pengalaman ini dapat terus membakar semangat para pelajar untuk melahirkan lebih ramai bakat digital yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing!
“Kemahiran Anda, Masa Depan Kita!”