28 Januari 2024 | Pegawai Bomba Negeri Selangor, Tn Zulraimie dan Tuan Azwin telah hadir ke ILP Kuala Langat bagi membincangan Penubuhan Briged Bomba di institut.
Semoga dengan perbincangan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 80
Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 377
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41

23 Nov 2024 |Majlis Graduasi 2024 Ting. 5 SMK Bandar Banting (SMKBB)
Pengarah ILP Kuala Langat iaitu Ts. DR. Muhammad bin Yusof telah diberi penghormatan kerana dijemput sebagai Perasmi bagi Majlis Graduasi 2024 bagi pelajar Tingkatan 5 SMK Bandar Banting. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Bestari SMKBB.
Majlis telah bermula seawal jam 8 pagi. Seusai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampian beberapa anugerah kepada para guru dan pelajar. Antaranya Anugerah Gilapan Pertama, Anugerah Pertama Gemilang, Anugerah Lonjakan Saujana DTP, Anugerah Pencapaian Cemerlang A+, Anugerah Pengetua, Anugerah Daya Usaha Dinamik dan Anugerah Khas Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Tayangan Montaj Sekolah dan Kelas turut dilakukan untuk tatapan para hadirin.
Seterusnya Bacaan Lafaz Restu Guru oleh Para Pendidik SMKBB bagi memberi restu dan doa kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2024.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan sedikit jamuan.
Terima kasih kepada para Pentadbir dan seluruh Asatizah khususnya Pn. Siti Asnah binti Ahmad, Pengetua SMKBB kerana sudi menjemput Pengarah ILP Kuala Langat bagi bersama-sama menjayakan Majlis Graduasi 2024 ini. Semoga harapan pihak sekolah serta ibubapa pelajar terhadap kecemerlangan keputusan SPM nanti menjadi kenyataan.
Kepada para pelajar calon SPM 2024, didoakan kalian dipermudahkan menduduki peperiksaan nanti. Dapat menjawab dengan betul dan tepat. Kejayaan pasti dikecapai dengan usaha yang bersungguh tanpa mengenal erti penat dan lelah.

25 September 2024 | Program Self Discovery Workshop anjuran Yayasan Raja Muda Selangor telah diadakan di ILP Kuala Langat dengan melibatkan peserta daripada kalangan pelajar terpilih dari 2 buah sekolah di sekitar Banting, iaitu SMK Bandar Banting dan SMK Jugra.
Program tersebut merangkumi sesi taklimat MyFuture Jobs oleh pihak PERKESO Klang dan bengkel Kemahiran Komunikasi oleh syarikat Ebright Public Speaking. Selain itu, para peserta turut terlibat dengan slot kursus jangka pendek iaitu Introduction To Canva oleh bahagian Tek. Perisian Perisian Multimedia Multimedia Team, ILP Kuala Langat dan Introduction To SketchUp 3D Modelling oleh bahagian Tek. CADD Senibina Tek. Cadd Senibina Ilpkls .
Pihak institut sangat berbesar hati kerana telah berpeluang untuk berkolaborasi bersama pihak Yayasan Raja Muda Selangor bagi menjayakan program tersebut. Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini akan terus utuh dan diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat kepada generasi belia di negeri Selangor.

24 Ogos 2024 | Kursus Pengurusan Jenazah
Jawatankuasa Surau Ar-Rahman ILP Kuala Langat dengan kerjasama Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Surau Ar-Rahman, ILPKLS. Kursus ini melibatkan 100 orang kakitangan dan pelajar ILPKLS.
Kursus ini adalah bertujuan memenuhi tuntutan fardhu kifayah yang perlu difahami dan dikuasai sebaik mungkin oleh orang Islam dan hak yang perlu ditunaikan ke atas orang mati. Program dimulakan dengan Ceramah Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizan bin Mhd Idris. Antara kriteria dalam menguruskan jenazah ialah memahami selok belok pengurusan jenazah, pengurus jenazah perlulah berani dan boleh mengendali dalam apa jua keadaan, tidak berasa jijik serta amanah dan merahsiakan keaiban dan menceritakan kebaikan jenazah sahaja.
Kursus diteruskan dengan praktikal pengurusan jenazah secara berkumpulan yang merangkumi tatacara mandi, proses kafan dan solat jenazah. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diketuai oleh fasilitator berpengalaman daripada Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat.
Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat memberikan pemahaman kepada semua kakitangan dan pelajar yang terlibat berkaitan ilmu pengurusan jenazah seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab fadhu kifayah ini kepada masyarakat.

9 Ogos 2024 || Lawatan ke Politeknik Muazam Shah, Pahang
Satu lawatan penanda aras dari ILP Kuala Langat ke Politeknik Muadzam Shah(PMS), Pahang telah dibuat berkenaan laman sesawang MYInternPolyCC.
PMS telah mewujudkan satu platform (MYInternPolyCC) yang memudahkan para pelajar untuk mencari peluang latihan amali yang berharga dan juga kepada syarikat yang mencari pemohon yang berkelayakan.
Pihak PMS juga menjemput pasukan pingpong ILP Kuala Langat untuk mengadakan perlawanan persahabatan sempena persediaan bagi atlet sukan Politeknik muadzam bagi menghadapi Kejohanan Pingpong Berpasukan Liga Komuniti peringkat negeri Pahang.