
Pameran Pendidikan & Kerjaya di SMK Sungai Manggis & SMK Telok Panglima Garang.
24 April 2025 | ILP Kuala Langat dengan diwakili seramai 5 orang pegawai telah dijemput menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya di SMK Sungai Manggis dan SMK Telok Panglima Garang. Program ini melibatkan penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Pihak institut telah membuat hebahan berkaitan latihan kemahiran TVET di ILJTM amnya dan ILP Kuala Langat khususnya serta memberi peluang kepada para pelajar untuk mencuba sendiri hasil projek inovasi pelajar yang menarik. Maklumat berkaitan program, syarat kemasukan, keistimewaan menyambung latihan kemahiran di ILJTM serta hala tuju kerjaya telah diwar-warkan kepada para pelajar yang hadir ke booth ILP Kuala Langat.