Accessibility Tools


Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 80

Deprecated: preg_match_all(): Passing null to parameter #2 ($subject) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/plugins/content/dearflip/dearflip.php on line 377

Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41

Deprecated: mb_strpos(): Passing null to parameter #1 ($haystack) of type string is deprecated in /var/www/ilpkls.gov.my/html/joomla/libraries/vendor/joomla/string/src/phputf8/mbstring/core.php on line 41
ILP Kuala Langat menyokong Hari Bumi Sedunia 2025

ILP Kuala Langat menyokong Hari Bumi Sedunia 2025

9 Mei 2025 | Hari ini ILP Kuala Langat menyahut seruan alam dengan melaksanakan Program Penanaman Taman Herba sempena Hari Bumi Sedunia. Pelbagai herba bernilai tinggi seperti lemuni, keladi tikus, lempoyang, stevia, habbatus sauda, lemuni, kaduk, citronella dan lain2 pokok herba ditanam bersama bukan sekadar menghijaukan ruang, tetapi menyuburkan kesedaran. Pengarah ILP Kuala Langat menyempurnakan program ini dengan menanam pokok citronella sebagai lambang usaha memelihara bumi dan melindungi komuniti. Dari tangan yang menanam, dari tanah yang subur, lahirnya tindakan untuk masa depan yang lebih lestari.
Mesyuarat Kerja Pembangunan Silibus/WIM Berasaskan COPTPA Fasa 3 Tahun 2025 – Kluster ICT

Mesyuarat Kerja Pembangunan Silibus/WIM Berasaskan COPTPA Fasa 3 Tahun 2025 – Kluster ICT

6 - 8 Mei 2025 | Mesyuarat kerja ini telah dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat yang melibatkan 34 orang Panel Pembangun WIM yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, Batu Pahat, Selandar, Tangkak, Sandakan dan Kota Kinabalu. Kursus-kursus yang terlibat untuk pembangunan Silibus/WIM ini ialah kursus Sijil Teknologi Komputer Rangkaian (SIKR03), Diploma Teknologi Komputer Rangkaian (DIKR34) dan Diploma Teknologi Pembangunan Aplikasi (Web dan Mobile) (DIPA34). Mesyuarat kerja ini diketuai oleh Pn. Norhaida Binti Abdullah dari Proton Institute (ADTEC Melaka).
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ADTEC JTM kampus Kuala Langat

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ADTEC JTM kampus Kuala Langat

25 April 2025 | Sambutan Hari Raya Aidilfitri ILP Kuala Langat telah berjalan dengan meriah. Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti booth raya oleh bengkel & unit, persembahan pelajar bertemakan lagu raya samada persembahan secara berkumpulan dan solo. Jamuan raya tersedia dengan pelbagai juadah enak seperti nasi beriani, ayam masak merah, satay, lemang, nasi impit, apam balik, aiskrim dan pelbagai jenis kuih-muih.
Pameran Pendidikan & Kerjaya di SMK Sungai Manggis & SMK Telok Panglima Garang.

Pameran Pendidikan & Kerjaya di SMK Sungai Manggis & SMK Telok Panglima Garang.

24 April 2025 | ILP Kuala Langat dengan diwakili seramai 5 orang pegawai telah dijemput menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya di SMK Sungai Manggis dan SMK Telok Panglima Garang. Program ini melibatkan penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Pihak institut telah membuat hebahan berkaitan latihan kemahiran TVET di ILJTM amnya dan ILP Kuala Langat khususnya serta memberi peluang kepada para pelajar untuk mencuba sendiri hasil projek inovasi pelajar yang menarik. Maklumat berkaitan program, syarat kemasukan, keistimewaan menyambung latihan kemahiran di ILJTM serta hala tuju kerjaya telah diwar-warkan kepada para pelajar yang hadir ke booth ILP Kuala Langat.
Ceramah motivasi dan laluan ke ILP kepada pelajar SMK Subang Jaya

Ceramah motivasi dan laluan ke ILP kepada pelajar SMK Subang Jaya

21 April 2025 | Dua orang pegawai ILP Kuala Langat telah dijemput oleh SMK Subang Jaya untuk mengadakan ceramah motivasi dan laluan ke ILP kepada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Melalui sesi ceramah ini, maklumat-maklumat berkaitan program, syarat kemasukan, keistimewaan menyambung latihan kemahiran di ILJTM, hala tuju kerjaya dan kursus jangka pendek telah diwarwarkan kepada para pelajar yang hadir.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial