Accessibility Tools

Pertandingan WSMB Digital Construction

Pertandingan WSMB Digital Construction

Selamat berjuang team WSMB Digital Construction dari ILP Kuala Langat. Kami, tenaga pengajar Cadd Senibina mendoakan kejayaan kalian di pertandingan WSMB Digital Construction yang akan berlangsung pada 29 - 30 Mei 2024. Semoga beroleh kejayaan untuk Ahmad Irfan Afif, Muhammad Husnul Haaziq, Meor Muhammad Hadif dan Mohammad Aiman.
Pingat Emas Pertandingan iDEA'23 bagi projek Ceiling Fix Holder V.2

Pingat Emas Pertandingan iDEA'23 bagi projek Ceiling Fix Holder V.2

Tahniah diucapkan kepada team Inovasi yang telah menyertai pertandingan iDEA'23 bagi projek Ceiling Fix Holder V.2 yang memenangi Pingat emas dalam bidang Teknologi Awam, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
Penyelia projek : Puan Nurliyana Binti Tukimin
Peserta :
1. Ahmad Darwish Bin Mohd Zainizam
2. Muhammad Aizat Bin Abdullah
3. Fabian Anak Dominic
Tahniah kepada semua!
Pingat Perak dan Gangsa dalam Pertandingan Reka Cipta & Inovasi (IDEAโ€˜2023)

Pingat Perak dan Gangsa dalam Pertandingan Reka Cipta & Inovasi (IDEAโ€˜2023)

Bengkel Teknologi Perisian Multimedia (Interaktif) telah mendapat pingat Perak dan Gangsa dalam Pertandingan ๐—ฅ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—–๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ & ๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ (๐—œ๐——๐—˜๐—”'๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ). Keputusan pertandingan ini telah diumumkanย  29 Oktober 2023ย  ย 

Sebanyak tujuh buah projek telah dipertandingkan. Sebanyak 5 buah projek mendapat pingat Perak manakala dua buah projek mendapat pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan penyelia projek.

๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

Video Pembelajaran โ€“ Haiwan Invertebrata Dan Vertebrata Darjah 4

Video Animasi 2d - Sunny Meadows Woodland School

Aplikasi Ar Tabiat Pemakanan Haiwan Sains Tahun 3

Aplikasi Pembelajaran - Panduan Doa Harian

Aplikasi Permainan Pembelajaran - Tabung Adam

๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”

Aplikasi Pembelajaran โ€“ Tutorial Mereka Bentuk Antara Muka Menggunakan Adobe Xd

E-Learning Modul Project Management

Penilaian Awal Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2023

Penilaian Awal Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2023

4 September 2023 | Penilaian Awal Pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2023 telah diadakan di Dewan Sri Jugra Telok Datok.

Sebanyak tiga projek yang telah dipertandingkan iaitu:

  1. Aplikasi permainan Tabung Adam
  2. AR Tabiat pemakanan haiwan
  3. Aplikasi panduan PECS

Projekย Aplikasi Permainan Tabung Adam telah berjaya mendapat tempat ke-3 Kategori IPT dan dihadiahkan wang tunai berjumlahย RM 300.

Pertandingan iCompEx 2023 -Pingat Perak

Pertandingan iCompEx 2023 -Pingat Perak

Bengkel Teknologi Perisian Multimedia (Interaktif) telah memenangi pingat perak dalam pertandingan Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx) yang telah diadakan di Polimas, Kedah 5 hingga 6 Julai 2023 bagi projek bertajuk "Aplikasi Tabung Adam". Projek ini dihasilkan oleh dua orang pelajar bernama Muhammad Nurfariszie Bin Mohd Fauzie dan Muhammad Famee Bin Said bagi projek tahun akhir dan diselia oleh Puan Siti Aishah binti Mansor. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan penyelia projek.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langatย 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
ย 
ย Telefon : 03 -ย 3120 4600
ย Faksimili : 03 -ย 3120ย 4440
ย Email : info.ilpkls@jtm.gov.myย 

ย 

ย 

Media Sosial