
Kunjungan Hormat dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat
2 Mei 2025 | ILP Kuala Langat telah menerima satu kunjungan hormat dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat yang diketuai oleh En. Mohamad Fadil, Pegawai Belia dan Sukan bersama tiga orang pegawai lagi. Agenda utama yang dibincangkan adalah berkenaan penganjuran program Semarak Hari Belia Negara 2025 Daerah Kuala Langat yang dicadangkan untuk diadakan di premis ILP Kuala Langat pada 15 Mei 2025. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat sepanjang berlangsungnya program Semarak Hari Belia Negara 2025 dan pihak ILP Kuala Langat turut berterima kasih di atas peluang untuk bekerjasama bagi menjayakan program tersebut.