Accessibility Tools

 Sesi Pengenalan Inisiatif MyNext bersama TalentCorp & ILP Kuala Langat

Sesi Pengenalan Inisiatif MyNext bersama TalentCorp & ILP Kuala Langat

27 Mei 2025 |Pada 27 Mei telah berlangsung satu sesi perbincangan di atas talian antara TalentCorp dan ILP Kuala Langat bagi memperkenalkan inisiatif MyNext, sebuah platform strategik yang dibangunkan untuk menyokong pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran graduan. Dalam sesi ini, TalentCorp telah berkongsi tentang fungsi utama MyNext dalam membantu pelajar mengenal pasti potensi, kemahiran, dan laluan kerjaya yang sesuai melalui penilaian kendiri serta akses kepada pelbagai peluang pembangunan. Perbincangan juga turut menjurus kepada potensi kerjasama masa depan antara TalentCorp dan ILP Kuala Langat dalam menganjurkan program-program pembangunan pelajar yang bersifat holistik dan bersasar. Usaha ini adalah langkah awal ke arah memperkasa pelajar ILP Kuala Langat bukan sahaja dengan kemahiran teknikal, tetapi juga dengan sokongan kerjaya yang lebih menyeluruh dan berdaya saing di pasaran kerja semasa. Terima kasih kepada pihak TalentCorp atas kesudian berkongsi inisiatif yang bermanfaat ini. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada pembangunan pelajar TVET.
Perbincangan Seminar Technology Update bersama Rakan Industri

Perbincangan Seminar Technology Update bersama Rakan Industri

21 Mei 2025 | Pada petang ini pihak ILP Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama rakan - rakan industri iaitu Tatacara Sdn Bhd, Canon (Malaysia) Sdn. Bhd., Bigstar Optoelectronic (M) Sdn Bhd., HP Sdn. Bhd, H3C Malaysia, dan Teleplex Solutions Sdn. Bhd. untuk kerjasama seminar Technology Update. Perjumpaan ini merupakan perbincangan awal bagi penganjuran bersama seminar teknologi update antara ILP Kuala Langat dengan rakan - rakan industri yang dirancangkan pada bulan Julai yang akan datang. Terima kasih kepada Tatacara Sdn Bhd, Canon (Malaysia) Sdn. Bhd., Bigstar Optoelectronic (M) Sdn Bhd., HP Sdn. Bhd, H3C Malaysia, dan Teleplex Solutions Sdn. Bhd. atas kunjungan ke ILP Kuala Langat. Semoga kerjasama yang dibincangkan dapat dilaksanakan dan bermanfaat untuk kesemua pihak.
Perbincangan Kerjasama Antara ILP Kuala Langat bersama The Cade & Co Photography Studio

Perbincangan Kerjasama Antara ILP Kuala Langat bersama The Cade & Co Photography Studio

15 Mei 2025 | Pada hari ini pihak ILP Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama The Cade & Co Photography Studio di Cyberjaya yang diwakili oleh Encik Syahmi selaku Pengarah Urusan. Perkara utama yang dibincangkan adalah berkenaan peluang kerjasama di antara kedua - dua pihak bagi bidang Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif). Antara cadangan skop kerjasama adalah seperti penempatan latihan industri para pelajar, penempatan latihan sangkutan industri para pengajar, perkongsian teknologi terkini dalam industri videografi dan fotografi, dan lain - lain lagi.
Perbincangan Minggu Keselamatan Siber ILPKLS x JomLaunch

Perbincangan Minggu Keselamatan Siber ILPKLS x JomLaunch

13 Mei 2025 | ILP Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama pihak JomLaunch yang diwakili oleh Encik Iszuddin Ismail dari syarikat Taming Tech Sdn. Bhd. Perkara yang dibincangkan adalah berkenaan kerjasama di antara kedua - dua pihak bagi menganjurkan program Minggu Keselamatan Siber ILPKLS x JomLaunch bagi tahun 2025. Beberapa cadangan aktiviti menarik dan berilmiah telah direncanakan bagi menjayakan penganjuran bersama program tahun ini.
Perbincangan Atas Talian Antara ILP Kuala Langat dengan Institut Modern Arsitektur dan Teknologi (iMAT), Medan, Indonesia.

Perbincangan Atas Talian Antara ILP Kuala Langat dengan Institut Modern Arsitektur dan Teknologi (iMAT), Medan, Indonesia.

9 Mei 2025 | ILP Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama pihak Institut Modern Arsitektur dan Teknologi (iMAT), Medan, Indonesia pada petang tadi. Perkara yang dibincangkan adalah berkenaan kerjasama di antara kedua - dua pihak bagi menganjurkan webinar antarabangsa di dalam bidang Senibina, khususnya Teknologi BIM. Kedua - dua pihak telah bersetuju untuk melaksanakan perkongsian teknologi berkaitan BIM kepada para pelajar kedua - dua institut serta rakan industri masing - masing.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial