18 Jun 2026 |Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua bengkel atas pencapaian cemerlang yang telah diraih dalam Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities (IDEA) 2026.
Pencapaian yang membanggakan adalah seperti berikut:
📌 TPM : 7 Emas 🥇 | 2 Perak 🥈
📌 TPP : 2 Emas 🥇 | 3 Perak 🥈
📌 TKR : 1 Emas 🥇 | 1 Perak 🥈
Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat inovasi yang tinggi dalam kalangan pengajar serta pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus menyumbang idea, tenaga dan usaha sehingga berjaya mengharumkan nama institusi.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Terus Berinovasi, Mencipta Impak, Merealisasikan Masa Depan!
15 Jun 2026 |Setinggi-tinggi Tahniah kepada ADTEC JTM Kampus Kuala Langat kerana berjaya meraih Tempat Ketiga didalam Kempen Pembayaran Tanpa Tunai (CASHLESS) KESUMA.
Tahniah juga kepada semua kampus ADTEC JTM yang telah berjaya merangkul anugerah dalam Kempen Pembayaran Tanpa Tunai (Cashless) di bawah pilar pendidikan KESUMA yang berlangsung hari ini:
🥇 Tempat Pertama: ADTEC JTM Nibong Tebal
🥈 Tempat Kedua: ADTEC JTM Mersing
🥉 Tempat Ketiga: ADTEC JTM Kuala Langat
🏅 Saguhati: ADTEC JTM Shah Alam
Penghargaan juga diucapkan kepada semua ADTEC JTM yang lain atas komitmen serta penyertaan aktif sepanjang kempen ini berlangsung demi memacu transformasi digital jabatan.
Teruskan usaha memperkasa ekosistem digital demi masa hadapan JTM yang lebih progresif!
12 Februari 2026 | Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Team ADTEC JTM Kampus Kuala Langat atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan CITEC 2026. Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti serta keupayaan pelajar dan tenaga pengajar dalam menghasilkan inovasi yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Berikut merupakan pencapaian yang telah diraih:
🏅 Pingat Emas
Aplikasi 2D – Ecosea Explore (TPM)
Mobile Cable Insulation Stripper (TKR)
Security Key Box (TKR)
VR Fit & Fun (TPM)
🥈 Pingat Perak
AR Sound Studio (TPM)
Smart Rain Guard (CADD)
🥉 Pingat Gangsa
Perangkap Minyak Air Limbah (CADD)
Aplikasi VR Akademi Maya Multi-Camera Production (MCP) Multi Pengguna (TPM)
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Kuala Langat, malah menjadi bukti bahawa budaya inovasi dan kecemerlangan sentiasa disemai dalam setiap warga kampus.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Teruskan berinovasi, berusaha dan melangkah lebih jauh demi kecemerlangan bersama.
Syabas dan Tahniah!
30 Mei 2025 | 📍Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Tahniah diucapkan kepada ADTEC JTM Kampus Kuala Langat atas kejayaan meraih Pingat Perak di 36th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2025) menerusi projek Virtual Electrical Lab.
Projek ini dibimbing oleh Puan Hazleen binti Ahmad dari Bengkel Multimedia ILP Kuala Langat, dengan penyertaan dua pelajar:
👨🎓 Ariff Damia bin Abdul Jani
👨🎓 Ally Shah bin Mohd Haris
Syabas atas usaha, kreativiti dan komitmen yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar dalam bidang inovasi dan teknologi.
12 - 13 Feb 2025 | ILP Kuala Langat raih 1 Platinum, 2 Pingat Emas dan 4 Pingat Perak dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2025.
Alhamdulillah. Jutaan Tahniah & Syabas kepada 7 projek inovasi pasukan ILP Kuala Langat atas pencapaian meraih 1 Platinum, 2 Pingat Emas dan 4 Pingat Perak dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CITEC) JTM Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di ADTEC Jerantut, Pahang.
Pertandingan CITEC 2025 berjaya menarik seramai 272 penyertaan dari pelbagai agensi awam dan swasta termasuk dari Institut Pengajian Tinggi (IPT), Institut Latihan Kemahiran (ILK) dan Jabatan Kerajaan. 222 daripada jumlah penyertaan tersebut layak ke peringkat akhir. Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan kali ini dengan tema "Integrasi Inovasi Ke Arah Kemampanan Agroteknologi".