๐ฎ๐ณ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐๐
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ฆ๐ฅ ๐ช๐ถ๐ฟ๐ฎ ๐๐๐ฆ๐จ๐ ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ "๐ ๐๐น๐๐ถ๐บ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐"
Program bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di Sungai Buaya telah berjaya diadakan pada hari Sabtu lepas.Terima kasih yang kepada semua warga ILPKLS yg turut menyumbang dalam menjayakan program ini khususnya kpd semua pengajar bengkel TPM yg memberi sokongan dan pelajar Semester 4 TPM serta semua yg terlibat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada sepanjang program tersebut berlangsung, antaranya melukis mural, gotong-royong dan sukaneka bersama anak-anak Rumah anak yatim/miskin penyayang Sungai Buaya. Segala hasil sumbangan telah disampaikan semasa program tersebut dijalankan.

20 Februari 2024 || Program CSR WIRA KESUMA
Pihak ILP Kuala Langat telah melaksanakan aktiviti gotong royong sempena Program CSR WIRA KESUMA 2024 di Masjid Sultan Abdul Samad, Kampung Seri Jugra, Banting, Selangor.
Program CSR ini melibatkan penyertaan seramai 4 orang pengajar dan juga 43 orang pelajar. Aktiviti gotong royong yang dijalankan adalah berfokus kepada pembersihan di ruang dalam masjid dan juga persekitaran luar masjid. Wakil pengajar juga turut membincangkan berkenaan anjuran bersama pelbagai aktiviti lagi bersama pihak JK Masjid di masa akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Sultan Abdul Samad di atas kesudian menyambut baik program CSR yang dicadangkan oleh pihak institut. Semoga ukhwah yang terjalin di antara pihak ILP Kuala Langat dengan JK Masjid akan terus utuh.

Pada 9 & 10 Mac 2023 ILP Kuala Langat telah menjayakan Misi Bantuan Banjir di Johor dengan membuat sumbangan barangan keperluan ke PPS SK Agama Seri Medan, Batu Pahat, PPS Parit Hj Ahmad, Seri Medan dan Rumah Ketua Kampung Seri Medan (bantuan kepada 36 keluarga yang tidak dapat keluar ke PPS).
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Medan, Batu Pahat khususnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil ILP Kuala Langat iaitu En Kamarulmizan dan Pn Ruzlina Painan yang telah menjayakan misi bantuan banjir pada kali ini.