Accessibility Tools

Kursus Fotografi dan Videografi Udara

Kursus Fotografi dan Videografi Udara

3–5 Februari 2026 |Kursus Fotografi dan Videografi Udara telah berjaya dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Februari 2026 di bawah peruntukan Program Latihan Kemahiran (PLK). Kursus ini dianjurkan oleh Bengkel Multimedia dengan kerjasama Techvista Sdn. Bhd., serta dikendalikan oleh pengajar berpengalaman, iaitu Mohd Hairul Fadli bin Mohd Hashim. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pengajar ADTEC JTM Kampus Kuala Langat telah menyertai program ini. Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada teknik-teknik fotografi dan videografi udara menggunakan drone DJI, selain mempelajari asas serta strategi permainan Drone Soccer. Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kompetensi dan kemahiran tenaga pengajar selaras dengan keperluan teknologi semasa dalam bidang multimedia dan rakaman udara.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : info.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial