ILP Kuala Langat telah menjalankan webinar #TVETDigital secara percuma yang bertajuk "Tools-Box for e-learning development di bawah program KPI Quik Win 100 hari YBM. Webinar ini disampaikan oleh Puan Sarala Kanthasamy, Ketua Bahagian Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif). Webinar ini telah disertai oleh lebih daripada 100 orang yang terdiri daripada orang luar dan pengajar ILJTM. Webinar ini telah mendedahkan peserta kepada Learning Management System (LMS) dan pelbagai jenis multimedia tool yang digunakan untuk membangunkan kandungan e-learning seperti Articulate Rise, Articulate Storyline, iSpring, Genially, Padlet, Loom dan sebagainya.